Serat adalah salah satu elemen penting makanan bagi tubuh. Tanpa serat, proses pencernaan terutama bahagian usus besar yang berfungsi membuat sampah-sampah hasil makanan yang masuk ke dalam tubuh tidak maksima. Jika kekurangan serat, risikonya adalah kanser usus, obesiti, sakit jantung dan pelbagai. Oleh kerana itu, sebaiknya mulai sekarang anda perlu membiasakan makan makanan berserat setiap kali makan.
Salah satu sumber serat yang baik adalah sayur-sayuran. Ada beberapa sayuran yang mengandungi nilai serat yang tinggi dan baik untuk tubuh badan.
1. Timun Jepun
Serat dalam timun jepun sekitar 0.5 gram per 100 gram bahan. Vitamin dan mineral yang ada di dalam timun jepun adalah Vitamin C, kalium, fosfor, kalsium dan magnesium. Timun jepun biasa digunakan juga untuk menghilangkan panas dalam dan racun panas dalam, melancarkan sistem pencernaan, menghaluskan kulit. Serat yang terdapat didalamnya mampu menurunkan darah tinggi.
Kegunaan: Timun jepun yang berwarna hijau tua ini biasanya renyah dan segar sebagai campuran aneka salad, juga sebagai pelengkap aneka sandwich.
2. Daun Salad (Lettuce)
Daun salad mengandungi serat sebanyak 0.6 gram per 100 gram bahan. Daun salad juga mengandungi provitamin A (karotenoid), kalium dan kalsium. Sayuran ini boleh dimanfaatkan untuk memperbaiki organ dalam, mencegah panas dalam, melancarkan metabolisme, membantu menjaga kesihatan rambut, mencegah kulit menjadi kering dan mengubati insomia (susah tidur).
Kegunaan: Biasanya daun salad jenis ini sering digunakan sebagai lalapan pada makanan ayam panggang, sayuran pada burger, aneka sandwich dan sebagainya.
3. Peria
Peria mengandungi serat sebanyak 0.8 gram per 100 gram bahan. Peria juga mengandungi karatin, asid amino, vitamin C dan kalsium. Peria biasa dimanfaatkan untuk menyejukkan tubuh pasa saat cuaca panas, mengatasi penyakit stroke, mengatasi diabetes melitus, mengatasi penyakit lever, mengubati sariawan, melancarkan ASI, menurunkan kadar kolesterol darah dan mencegah sembelit.
Kegunaan: Rasanya yang pahit ini memiliki daya tarik tersendiri. Biasanya sayur peria ini digunakan sebagai masakan aneka tumisan.
4. Akar ubi jalar.
Serat yang terdapat dalam akar ubi jalar adalah sekitar 0.8 gram per 100 gram bahan. Akar ubi jalar mengandungi citamin E dan protein. Akar ubi jalar selalunya digunakan untuk membantu pertumbuhan badan dan memperlambatkan penuaan.
Kegunaan: Akar ubi jalar ini biasanya digunakan sebagai kudapan seperti ubi goreng, getuk ubi, ubi rebus, kerepek ubi dan pelbagai makanan yang seumpamanya.
5. Kubis dan Brokoli.
Sayuran ini termasuk jenis bahan makanan yang mengandungi serat tinggi dengan kadar sekitar 0.9 gram per 100 gram bahan. Zat gizi lain yang terdapat pada kubis diantaranya provitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B2, kalium, kalsium, yoodium dan fosfor. Kubis berkhasiat untuk mencegah penyakit kulit, mengubati pnyakit pencernaan kronik, mengekang pertumbuhan tumor, membantu menghilangkan alkohol dalam darah, menurunkan kolesterol darah, sebagai stimulasi esterogen dan mencegah kanser.
Kegunaan: Sayuran ini kerap digunakan sebagai lalapan atau sebagai makanan tumisan yang lazat dan nikmat dengan atau tanpa penambahan bahan makanan lain seperti udang, sotong dan lainnya.
6. Buncis.
Buncis mengandungi serat sebanyak 1.2 gram per 100 gram bahan. Selain itu, buncis mengandungi provitamin A, vitamin C, vitamin B1, vitamin B2, kalium dan fosfor. Sayuran ini boleh dimanfaatkan untuk menurunkan kolesterol dan tekanan darah, menstabilkan gula dalam darah, mencegah kanser usus besar dan payudara.
Kegunaan: Sayuran buncis ini kerap digunakan sebagai masakan yang di tumis atau di rebus. Juga digunakan sebagai hiasan pada aneka steak dan lainnya.
7. Paprika (Lada Benggala)
Kandungan serat dalam paprika sangat tinggi, iaitu 1.7 gram per 100 gram bahan. Selain serat, ia juga pengandungi vitamin C, kalsium, magnesium dan silikon. Berkhasiat untuk menurunkan kadar gula dalam darah, memperbaiki kehalusan kulit, menurunkan kadar kolesterol dalam darah, memperkuat sistem antibodi dan mengatasi infeksi saluran pencernaan.
Kegunaan: Paprika yang memiliki 3 warna iaitu hijau, merah dan kuning ini memberikan penampilan yang cantik disetiap makanan yang di olah. Seperti pada aneka steak, aneka tumis dan sebagainya.
8. Seledri.
Kandungan serat adalah 1.6 gram per 100 gram bahan. Seledri bermanfaat untuk memperlambatkan proses penuaan, menurunkan tekanan darah, meneutralkan asam tubuh, menstabilkan gula dalam darah, anti-kanser dan menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Saledri mengandungi vitamin dan mineral. Diantaranya provitamin A (karorenoid), vitamin C dan kalium.
Kegunaan: Seledri biasanya digunakan sebagai pelengkap masakan untuk menambahkan aroma dan kelazatan rasa. Juga digunakan sebagai hiasan dalam makanan.
9. Sawi Hijau.
Kandungan serat adalah sekitar 1.8 gram per 100 gram bahan. Selain serat, sawi hijau juga mengandungi vitamin A, vitamin B, vitamin C, kalium, fosfor dan zat besi. Sawi hijau berkhasiat untuk mencegah kanser, membantu kesihatan sistem pencernaan serta mencegah dan pengubati penyakit pelagra.
Kegunaan: Sawi hijau ini sangat lazat digunakan sebagai masakan tumisan. Juga sebagai masakan sayur berkuah. Ia juga digunakan dalam masakan untuk campuran mee.
10. Labu Kuning.
Kadar serat adalah 2.4 gram per 100 gram bahan. Zat gizi lain yang terdapat dalam labu kuning adalah vitamin C, kalium, kalsium, magnesium dan betakaroten. Labu kuning bermanfaat untuk mengatkan daya tahan tubuh, memperlambat proses penuaan, mencegah kanser usus, menjaga kesihatan mata, mengubati gangguan pada ginjal, mengatasi asam urat, mengubati oedema (pembengkakan, seperti adanya penumpukan cairan dibahagian kaki atau perut akibat busung lapar) dan serat mencegah kanser.
Kegunaan: Jenis sayuran buah ini selalunya digunakan sebagai campuran bahan kuih dan kek. Ia juga dimasak lemak sebagai hidangan makan tengahari.
11. Lobak
Kandungan serat adalah 2.8 gram per 100 gram bahan. Lobak juga mengandungi vitamin A, B dan C, betakaroten, kalium, magnesium dan fosfor. Lobakbermanfaat untuk mengurangkan risiko kanser, menurunkan kolesterol darah, menjaga kesihatan mata, memperlancar saluran pencernaan, mencegah konstipasi dan menjaga kesihatan hati,
Kegunaan: Warnanya yang cerah menawan, begitu indah untuk dijadikan kombinasi dari berbagai masakan, kuih dan lainnya. Juga sangat enak jika dijadikan jus minuman, biasanya disebut sebagai jus lobak.
12. Bayam.
Bayam mempunyai nilai serat yang tinggi iaitu 7 gram per 100 gram bahan. Bayam juga mengandungi provitamin A, vitamin C, zat besi dan magnesium. Bayam bermanfaat untuk mencegah terjadinya anemia. Ia juga baik untuk menjaga kesihatan sistem pencernaan, menurunkan risiko serangan kanser, mencegah terjadinya diabetes militus, menurunkan berat badan dan menurunkan kolesterol.
Ini adalah contoh sayur-sayuran yang mempunyai nilai serat yang tinggi. Sangat baik jika diamalkan memakan sayur-sayuran jenis ini.
No comments:
Post a Comment